Belakang badan bukan sekadar struktur sokongan fizikal – ia juga tempat ‘simpan’ emosi yang kita tak sempat atau tak tahu macam mana nak proses. Dalam banyak kes, ketegangan atau sakit belakang ada kaitan dengan beban emosi yang kita tanggung setiap hari.
Kajian dalam bidang psikosomatik menunjukkan emosi yang tak diproses boleh menyebabkan ketegangan otot kronik, yang akhirnya jadi sakit fizikal (Lumley et al., 2011). Ini sebab sistem saraf autonomi, terutamanya sistem saraf simpatetik, boleh aktifkan respons ‘fight-or-flight’ yang buat otot jadi tegang tanpa henti.
Kalau selalu rasa terbeban dengan tanggungjawab atau susah nak minta tolong, ketegangan ni selalunya terkumpul kat bahagian bahu dan traps.
Kajian oleh Sapolsky (2004) tunjukkan tekanan kronik boleh buat bahagian ni jadi lebih tegang sebab ia salah satu tempat utama badan simpan tekanan mental dan emosi.
Bahagian tengah belakang selalu dikaitkan dengan emosi macam rasa bersalah, dendam, dan kesedihan yang belum dilepaskan. Ketegangan kat sini boleh buat susah nak relaks dan rasa ‘tertahan’ secara emosi.
Menurut kajian oleh van der Kolk (2014), trauma yang tak diproses boleh disimpan dalam badan, terutamanya di kawasan yang ada kaitan dengan postur defensif.
Kalau selalu risau pasal duit, masa depan, atau kestabilan hidup, ketegangan selalunya akan ‘tersimpan’ kat lower back.
Kajian oleh Schubiner dan Sarno (2007) tunjukkan kebimbangan yang berpanjangan boleh sebabkan ketegangan kat bahagian lumbar dan sacrum, yang berkaitan dengan isu keselamatan dan kestabilan dalam hidup.
Badan kita ada mekanisme perlindungan semula jadi. Bila alami tekanan emosi yang kuat atau trauma, sistem saraf akan bertindak dengan mengetatkan otot sebagai mekanisme pertahanan. Kalau emosi ni tak diproses atau dilepaskan, ketegangan tu boleh jadi sakit fizikal yang kronik.
Menurut kajian dalam bidang neurofisiologi (Porges, 2011), sistem saraf vagus berperanan penting dalam kawal tindak balas badan terhadap tekanan. Kalau sistem ni tak berfungsi dengan baik, ketegangan emosi boleh berlarutan dan jejaskan kesihatan secara keseluruhan.
Berita baiknya, badan kita ada kebolehan semula jadi untuk lepaskan ketegangan dan sembuhkan diri. Yang penting, kita kena beri peluang melalui amalan yang mindful dan melibatkan pergerakan.
Antara cara yang boleh bantu termasuk:
Bila kita faham macam mana emosi ‘tersimpan’ dalam badan dan mula ambil langkah untuk lepaskannya, kita bukan je dapat kurangkan ketegangan kronik tapi juga tingkatkan kesejahteraan secara menyeluruh.